Tool ialah antara kumpulan rock yang paling disegani kerana kerap kali mengeluarkan album dengan bunyi yang unik. Tidak seperti kugiran lain, mereka mengambil masa yang lama sebelum mengeluarkan album baharu. Sejak ditubuhkan pada tahun 1990 mereka hanya menerbitkan empat buah album. Seperkara lagi yang unik ialah kesemua katalog mereka tidak ditawarkan dalam bentuk digital atau lalam penstriman.
This Friday, Aug 2nd, the Tool catalog goes up on all digital and streaming formats. High five. #tool2019 pic.twitter.com/VkxHhv765x
— TOOL effing TOOL (@Tool) July 29, 2019
Kepada peminat Tool. penantian ini akan berakhir pada 2 Ogos 2019. Pada tarikh tersebut album terbaru mereka Fear Inoculum akan ditawarkan pada kesemua platform pengedaran digital serta perkhidmatan penstriman buat pertama kali. Ini merupakan album baharu mereka yang pertama sejak 10,000 Days yang diterbitkan pada tahun 2006. Kepada semua peminat Tool, 2 Ogos pastinya adalah tarikh yang telah lama dinantikan.