Facebook Reality Lab Berjaya Menghasilkan Sistem Yang Membaca Gelombang Otak Untuk Menaip

Facebook Reality Lab Berjaya Menghasilkan Sistem Yang Membaca Gelombang Otak Untuk Menaip

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Dua tahun yang lalu Facebook menunjukkan demonstrasi sistem yang menaip apa yang difikirkan di dalam otak terus pada skrin. Teknologi yang selama ini dianggap sebagai fiksyen sains telahpun menjadi realiti selepas penyelidik di Facebook Reality Lab dan University of California San Francisco berjaya melakukan sesi soal-jawab yang hanya membaca gelombang otak.

Ini ialah kejayaan pertama sistem antaramuka otak dan mesin yang membolehkan teks dibaca oleh komputer tapi input fizikal atau menggunakan suara. Sistem ini dibangunkan untuk membantu OKU yang hilang kemampuan selepas diserang angin ahmar atau menghidap penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Mereka boleh berinteraksi semula dengan orang sekeliling dengan hanya berfikir. Sistem semasa seperti yang digunakan oleh mendiang Stephen Hawking memerlukan setiap huruf ditaip dengan membaca pergerakan anak mata.

Walaupun dibangunkan untuk OKU, Facebook melihat penggunaannya pada peranti realiti terimbuh di masa hadapan. Pengguna di masa hadapan boleh mengawal peranti boleh-pakai mereka dengan hanya memikirnya aksi yang ingin dilakukan tanpa perlu menggunakan kawalan suara atau menaip.


TIPS & ULASAN