Carian
Xiaomi Mi A3 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM899
July 31, 2019 Aman

Xiaomi Malaysia hari ini telah pun melancarkan telefon pintar berasaskan Android One untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi A3. Dua variasi dibawa ke Malaysia, dan ia akan dijual bermula 3 Ogos 2019 ini.

Dua model yang ditawarkan adalah variasi 4GB RAM + 64GB storan pada harga RM899, dan variasi 4GB RAM + 128GB pada harga RM999.

Xiaomi Mi A3 hadir dengan skrin 6.08-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 665, bateri 4030mAh, tri-kamera belakang 48-megapixel, dan kamera hadapan 32-megapixel.

Dengan penawaran Android One, ia membawakan antaramuka asas Android tanpa penambahan kosmetik, sekaligus menjanjikan kemaskini yang lebih pantas untuknya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini pada harga bermula RM899 mulai 3 Ogos 2019 ini.

Komen