Xiaomi Mi Band 4 Turut Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM149

Xiaomi Mi Band 4 Turut Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM149

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Bersama-sama pelancaran Xiaomi Mi A3 di Malaysia, pihak Xiaomi turut memperkenalkan gelang tangan pintar mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Band 4.

Mi Band 4 hadir dengan panel berwarna berasaskan AMOLED, sekaligus memudahkan anda bukan sahaja mengikuti pelbagai notifikasi terkini daripada telefon pintar, tetapi juga berinteraksi dengannya.

Mi Band 4 turut hadir dengan sokongan kalis air, pemantauan ketika aktiviti berenang, kebolehan menjejak aktiviti tidur, serta sejumlah aktiviti kecergasan lain. Xiaomi mengatakan ia menawarkan masa bertahan bateri sehingga selama 20 hari.

Di Malaysia, Xiaomi Mi Band 4 ditawarkan pada harga RM149.


TIPS & ULASAN