Cari @ Amanz

10 Ogos kelak Honor akan memperlihatkan paparan pintar mereka. Menurut Honor ia adalah satu inovasi baharu buat sebuah televisyen. Evolusi daripada peranti pintar pergi ke televisyen pintar dan kini adalah giliran paparan pintar. Paparan pintar Honor ini akan dijana oleh cip baharu Honghu 818 yang dibangunkan oleh Huawei dengan kerjasama Baidu. Ia turut hadir dengan sebuah kamera pop-naik pada bahagian atas yang boleh digunakan untuk melakukan panggilan video. Cip audio Histen pula membolehkan ia menghasilkan kualiti audio yang baik.

Baru-baru ini laman membeli belah atas talian JD telah memperlihatkan video acah buat paparan pintar ini. Video ini menunjukkan kamera pop-naik yang digunakan. Cip Honghu 818 ini adalah cip lapan-teras dan mampu memainkan video 8K 30FPS atau 4K 120FPS. Cip ini juga mampu memproses imej 64MP, HDR, mengurangkan hingar dan banyak lagi. Disebabkan cip ini adalah dengan kerjasama Baidu, ia turut akan mempunyai kecerdasan buatan dan akan menjalankan sistem operasi Hongmeng OS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd