AMD Hadir Dengan Kemaskini Yang Memperbaiki Laporan Suhu Dan Beberapa Kerentanan Lain
AMD

AMD Hadir Dengan Kemaskini Yang Memperbaiki Laporan Suhu Dan Beberapa Kerentanan Lain

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Apabila sebuah siri komponen komputer baru dilancarkan, tidak kira samada ia CPU ataupun kad grafik, ia pastinya akan hadir dengan isu ataupun kerentanan yang akan perlu diperbaiki daripada pengeluar dengan kadar segera.

Pelancaran siri CPU AMD Ryzen 3000 boleh dikatakan pelancaran CPU yang paling berjaya oleh AMD setakat ini, akan tetapi ia masih hadir dengan beberapa masalah tersendiri yang menyebabkan pengguna menghadapi isu suhu dan juga perisian yang tidak boleh digerakkan.

AMD telah mengeluarkan beberapa kemaskini, termasuklah perisian cipset terbaru versi 1.07.29 yang memperbaiki profil kuasa Ryzen Balanced, dan juga kemaskini kepada perisian Ryzen Master (versi 2.0.0.1233) yang akan memberikan bacaan suhu dan kelajuan CPU yang lebih tepat.

Dalam pada itu, kemaskini cipset terbaru ini juga dikatakan akan memperbaiki isu pengguna CPU AMD Ryzen 3000 tidak boleh memainkan permainan Destiny 2.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai kemaskini ini di blog komuniti AMD.


TIPS & ULASAN