TikTok Memperlihatkan Penurunan Kadar Muat Turun Untuk Kali Pertama

TikTok Memperlihatkan Penurunan Kadar Muat Turun Untuk Kali Pertama

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

TikTok ialah sebuah aplikasi video pendek dimana para penggunanya boleh memuat-naik video menarik menggunakan lagu-lagu popular sebagai audio latar belakang.

Sebuah laporan daripada Sensor Tower memperlihatkan bahawa jumlah muat turun aplikasi tersebut pada suku kedua 2019 pada platform Google Play Store dan Apple App Store adalah sebanyak 143 juta, dimana ia telah mencatatkan penurunan sebanyak 17.3 peratus berbanding dengan suku pertama.

Menurut laporan tersebut, penurunan jumlah muat-turun ini dapat dilihat dengan jelas di pasaran-pasaran terbesar TikTok, iaitu India dan juga Amerika Syarikat.

Sebelum ini, kerajaan India pernah mengharamkan muat-turun aplikasi ini untuk seketika, dan ByteDance, syarikat di belakang aplikasi TikTok mengatakan bahawa aplikasi tersebut kerugian 15 juta muat turun akibat arahan tersebut.

Walaupun begitu, untuk rantau Asia Tenggara, aplikasi TikTok telah memperlihatkan jumlah muat-turun yang meningkat, dimana ia telah dimuat-turun sebanyak 20.5 juta kali pada jangkamasa yang sama.


TIPS & ULASAN