Samsung Mendaftar Tanda Dagang Galaxy A11, A21 Sehingga A91 Untuk Dilancarkan Tahun 2020

Samsung Mendaftar Tanda Dagang Galaxy A11, A21 Sehingga A91 Untuk Dilancarkan Tahun 2020

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Siri baharu peranti Samsung Galaxy A adalah pengganti kepada siri Galaxy J. Sehingga hari ini sudah terdapat banyak peranti dalam siri ini, termasuklah yang terkini Galaxy A80 yang mana turut merupakan yang paling mahal dalam siri Galaxy A ini.

Untuk tahun hadapan, Samsung telah mendaftar tanda dagang buat Samsung Galaxy A11, A21, A31, A41, A51, A61, A71, A81 dan A91. Ini bermakna pada tahun 2020 nanti kita akan melihat sembilan peranti baharu dalam siri Galaxy A. Setiap peranti ini akan merangkumi dari semua kategori kelas permulaan, kelas pertengahan, kelas pertengahan premium dan mungkin Samsung akan mengikuti strategi pengeluar peranti China dengan memperkenalkan peranti mercu dalam satu siri lain?

Menurut sumber ada kemungkinan yang Samsung juga akan memperkenalkan variasi 5G buat salah satu model peranti ini. Tidak dinafikan yang siri Galaxy A ini adalah satu siri yang paling menarik. Bayangkan sahaja Galaxy A50, sebuah peranti dengan panel Super AMOLED yang dijual pada harga bawah RM800.


TIPS & ULASAN