Cari @ Amanz

Celcom merupakan antara salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang menyediakan perkhidmatan internet yang popular di Malaysia. Pihak mereka juga telah dianugerahkan sebagai syarikat dengan penawaran internet 4G nombor 1 di Malaysia. Hal ini kerana, Celcom sentiasa memastikan pengguna mereka dapat menikmati kelajuan internet sepantas 6.3Mbps bersama kebolehan untuk memaparkan penstriman video pada paparan HD.

Selain pelan internet untuk kegunaan telefon pintar, Celcom juga turut menawarkan jalur lebar untuk penggunaan di dalam rumah, dikenali sebagai Celcom Home. 

Melalui penawaran Celcom Home ini, pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk melanggan Celcom Home Fibre atau Celcom Home Wireless.

Apa yang membezakan kedua dua pelan ini adalah Celcom Home Fibre hadir dengan internet berkelajuan tinggi tanpa had pada harga hanya RM80 setiap bulan. Pakej internet ini juga termasuk dengan penghala WiFi dan servis pemasangan secara percuma.

Manakala bagi Celcom Home Wireless pula ia menawarkan sambungan internet 4G sehingga 1000GB untuk penstriman video dan muzik daripada harga bermula RM70 setiap bulan. Anda hanya perlu membuat pemasangan yang ringkas dan sedia untuk digunakan tanpa memerlukan sebarang skru untuk pemasangan.

Jika dibandingkan dengan pelan-pelan internet yang ditawarkan oleh syarikat telekomuikasi yang lain dengan pelan Celcom Home Fibre, penawaran daripada Celcom dilihat sangat berbaloi untuk dilanggan kerana harga langganan yang ditawarkan adalah paling murah berbanding harga langganan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang lain, iaitu pilihan pada harga RM80 atau RM120.

Bagi pakej dengan harga langganan bulanan RM80, anda boleh menikmati kelajuan muat turun dan muat naik sepantas 30Mbps bersama kuota internet tanpa had. Dengan membuat langganan pakej RM80 ini setiap bulan, anda boleh mendapatkan pengahala WiFi secara percuma.

Untuk pakej langganan bulanan RM120 pula, anda boleh menikmati kelajuan muat turun 100Mbps bersama kelajuan muat naik 50Mbps. Kuota internetnya juga ditawarkan tanpa sebarang had.

Bagi yang ingin melanggan pakej internet Celcom Home Wireless, harga langganannya adalah bermula RM70 hingga Rm150. Bagi pakej dengan harga RM70, anda boleh menikmati kuota internet sehingga 25GB bersama 40GB Video Walla dan Music Walla.

Manakala sekiranya anda ingin melanggan pelan internet RM100, anda boleh menikmati kuota internet sebanyak 50GB bersama 100GB Video Walla dan Music Walla. Namun, jika anda ingin menikmati kelajuan internet yang lancar tanpa sebarang gangguan, anda boleh melanggan pakej Celcom Home Wireless RM150 dimana anda boleh menikmati kuota internet 150GB dan penstriman Video Walla dan Music Walla sehingga 1000GB. Berbaloi bukan?

Jadi, bagi anda yang berminat, bolehlah membuat pendaftaran untuk melanggan pakej Celcom Home ini. Selepas anda membuat pendaftaran, anda akan menerima pengahala WiFi secara percuma daripada Celcom, dan proses pemasangannya juga sangatlah mudah dan percuma untuk pakej Celcom Home Fibre.

Dengan melanggan pakej Celcom Home Fibre pula, kelajuan WiFi yang ditawarkan adalah bermula 300Mbps (2.4GHz) dan 867Mbps (5GHz). Dengan kelajuan internet sepantas ini, ia adalah sangat bersesuaian untuk anda yang sering bermain permua. Hal ini adalah kerana, penawaran internet yang laju akan meningkatkan lagi prestasi permainan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat penstriman video beresolusi HD tanpa sebarang masalah lengah masa. Proses muat turun untuk fail yang besar juga dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Sekiranya anda memilih Celcom Home Wireless, anda akan menerima modem berkelajuan tinggi (HUAWEI B618) yang mana pemasangannya tidak memerlukan sebarang skru atau pemasangan yang rumit serta boleh membuat sambungan internet kepada sehingga 64 peranti yang lain dengan kadar muat turun sepantas 600 Mbps LTE.

Kedua dua pakej ini hadir dengan kontrak selama 24 bulan dimana sekiranya anda berminat, anda boleh membuat pendaftaran hari ini melalui Celcom Bluecube, pengedar sah Celcom atau juga secara atas talian.

Penafian: Advertorial daripada Celcom


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd