iPhone 2019 Diramalkan Menyokong Pengguna Apple Pencil

iPhone 2019 Diramalkan Menyokong Pengguna Apple Pencil

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Ura-ura iPhone akan akhirnya menyokong penggunaan stylus Apple Pencil pertama kali kami laporkan tahun lalu. Tetapi ini sekali lagi penganalisa kali ini dari Citi Research meramalkan sokongan Apple Pencil bakal diberikan kepada iPhone 2019.Sekiranya ramalan menjadi kenyataan, iPhone akan akhirnya memberikan persaingan kepada Samsung Galaxy Note yang tidak mempunyai cabaran sebenar dalam segmen peranti mercu dengan sokongan stylus. Sebelum ini sokongan Apple Pencil hanya diberikan kepada iPad Pro sebelum ia turut diberikan kepada iPad Mini dan iPad Air. Satu masalah yang mungkin berlaku ialah tiada tempat simpanan dan keperluan untuk Apple Pencil dicas.

Sebelum ini iPhone pernah diramalkan akan membawakan sokongan mengecas peranti lain secara nirwayar. Mungkin Apple Pencil akan dapat dicas secara nirwayar seperti model terkini AirPods yang kini di pasaran.



TIPS & ULASAN