Rekaan Galaxy Watch Under Armour Edition Pula Tertiris

Rekaan Galaxy Watch Under Armour Edition Pula Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Bukan lagi rahsia bahawa sebuah Samsung Galaxy Watch Active 2 akan turut dilancarkan dalam versi Under Armour. Tetapi rekaan versi khas ini akhirnya tertiris pagi ini. Ia walau bagaimanapun akan dipasarkan sebagai Galaxy Watch Under Armour Edition. Perbezaan hanya akan dilakukan pada muka jam, sokongan aplikasi MapMyRun terbina dan tali jam dengan penjenamaan Under Armour.

Dari segi rekaan tubuh tiada perbezaan ketara dapat dilihat. Spesifikasi juga dipercayai adalah sama. Setakat ini Galaxy Watch Active 2 disahkan akan mempunyai sokongan ECG dan mengesan jatuh bagi membolehkan ia memberikan saingan kepada Apple Watch yang pada waktu ini mendominasi pasaran jam tangan pintar dunia. Galaxy Watch Under Armour Edition akan dilancarkan serentak Galaxy Note 10 pada 7 Ogos kelak.



TIPS & ULASAN