Monitor LG UltraFine 5K 27″ Dilancarkan Untuk MacBook Dan iPad Pro
LG

Monitor LG UltraFine 5K 27″ Dilancarkan Untuk MacBook Dan iPad Pro

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

LG mengemaskini penawaran monitor beresolusi tinggi mereka untuk penggunaan pada MacBook dan iPad Pro hari ini menerusi LG UltraFine 5K 27″. Monitor dengan skrin sebesar 27″ ini menyokong paparan resolusi sehingga 5120×2880 pixel dengan keterangan maksimum 500 nits.

Monitor ini menyokong sambungan secara USB-C Thunderbolt 3 yang membolehkan paparkan 5K apabila disambungkan kepada sebuah MacBook dan sehingga 4K apabila disambungkan pada sebuah iPad Pro. Pada waktu yang sama ia turut hadir dengan tiga lagi port USB-C yang menyokong format USB 3.1 Gen 1.

Ia mampu membekalkan kuasa sehingga 94W menerusi sambungan Thunderbolt 3 yang membolehkan ia berfungsi dan mengesan peranti yang disambung secara serentak. Terdapat juga sebuah kamera, dua pembesar suara dan mikrofon pada monitor ini. Di Amerika Syarikat ia ditawarkan pada harga $1300 (~RM 5385) sebuah.


TIPS & ULASAN