Vivo Z5 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 712 Dan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin

Vivo Z5 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 712 Dan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Sebuah lagi model peranti di bawah keluarga Z5 dilancarkan hari ini. Vivo Z5 ialah sebuah peranti kelas pertengahan dengan skrin 6.38″ SAMOLED FHD+ dengan takuk skrin yang kecil dan pengimbas cap jari bawah skrin. Vivo Z5X yang dilancarkan bulan lalu dilengkapi dengan lubang kamera pada bahagian skrin.

Peranti ini dijana cip Snapdragon 712, dilengkapi memori sehingga 8GB, storan sehingga 128GB tanpa slot untuk kad mikro SD. Bateri yang disertakan pula sebesar 4500 mAh dengan pengecasan pantas 22.5W menerusi port USB-C.

Kamera utama menggabungkan sensor 48+8+2 Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Sistem trikamera menyokong sistem lensa sudut ultra lebar serta pengesan kedalaman. Peranti ini masih lagi mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Vivo Z5 ditawarkan pada harga bermula RMB 1898 (~RM 1141) sebuah dengan warna Aurora Illusion, Holographic Illusion dan Bamboo Forest Night.


TIPS & ULASAN