Cari @ Amanz

Perlumbaan dron mula diperkenalkan tahun lalu dan amat menakjubkan melihat ia dikawal pada kelajuan tinggi oleh juruterbang dengan kemahiran yang tinggi. Bagi membolehkan dron dikawal, sistem kawalan dari pandangan pertama diperlukan. DJI hari ini melancarkan DJI Digital First Person Viewing (FPV) Transmission System dengan masa pendam yang rendah khusus untuk kegunaan di dalam perlumbaan dron.

Sistem ini terdiri daripada sebuah set kepala FPV Goggles, alat kawalan jauh FPV Remote Controller, kamera FPV dan modul kawalan. Menurut DJI set kepala mereka mempunyai masa pendam hanya 28ms dan boleh menstrim video 720P 120FPS sehingga jarak maksimum 4 kilometer.

Kamera hadir dengan tiga tetapan rakaman iaity Racing, Standard dam LED. Pada tetapan Racing, video merakam pada tetapan saturasi tinggi bagi memudahkan penonton membezakan halangan pada litar lumba. Mod Standard pula mementingkan kualiti video dengan memberikan keutamaan pada warna dan keperincian objek. Akhir sekali ialah mod LED untuk rakaman pada waktu malam dengan pencahayaan yang kurang baik. Set lengkap ini dijual pada harga $929 (~RM3850).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd