Huawei Malaysia kini telah pun membawa masuk salah satu telefon pintar menarik pada harga sangat kompetitif, iaitu Huawei Y9 Prime (2019). Ia hadir pada harga hanya RM899, dilengkapi skrin 6.59-inci, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan bateri 4000mAh.
Menariknya, selari dengan pengenalan peranti ini, Huawei turut mengadakan Karnival Huawei yang memberikan anda peluang untuk memenangi hadiah menarik, termasuk peluang untuk memenangi Mercedenz-Benz baru. Karnival Huawei ini akan tamat pada hari Ahad ini, 4 Ogos 2019.
Huawei Y9 Prime (2019)
Huawei Y9 Prime merupakan salah satu telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Huawei dan ditawarkan pada harga sangat kompetitif berbanding pelbagai pesaing lain. Huawei Y9 Prime juga merupakan telefon pintar pertama daripada Huawei yang hadir dengan penawaran kamera pop-naik.
Kamera 16-megapixel diletakkan pada bahagian pop-naik ini dalam memudahkan anda membuat rakaman swafoto. Huawei mengatakan mereka menyasarkan untuk menggunakan kamera pop-naik ini melangkaui 100,000 kali, sekaligus memastikan anda boleh menggunakannya tanpa masalah sehingga 2.7 tahun lamanya dengan rakaman sehingga 100 gambar setiap hari.
Untuk rakaman kamera belakang pula, ia hadir dengan tri-kamera gabungan 16MP + 8MP ultra-lebar + 2MP (depth).
Penggunaan kamera pop-naik juga membolehkan Huawei Y9 Prime menawarkan rekaan skrin menyeluruh tanpa gangguan takuk dan sebagainya. Ia turut dilengkapi storan 128GB yang memudahkan anda menyimpan semua fail media anda, selain kebolehan untuk menambah storan melalui slot mikro-SD sehingga 512GB.
Bukan itu sahaja, Huawei Y9 Prime turut hadir dengan cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan bateri 4000mAh — sekaligus memastikan anda menikmati peranti yang lancar dan berkuasa untuk penggunaan sepanjang hari.
- Beli : Huawei Y9 Prime
Menangi Lebih Dengan Huawei!
Sehingga 4 Ogos 2019 ini, Huawei turut mengadakan Karnival Huawei, dimana pengguna Huawei yang membeli secara atas-talian atau daripada kedai-kedai Huawei berpeluang untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik. Antaranya adalah Mercedes GLA200 Night Edition, 100 unit ebike Orbit, dan juga 400 unit Electric Scooters Starlight.
Untuk berpeluang memenanginya, anda hanya perlu:
1. Imbas kod QR
2. Jawab soalan mudah
3. Sertakan resit pembelian
Pemenang bertuah untuk Mercedes berkenaan akan diumumkan pada 30 Ogos 2019 ini melalui halaman Facebook rasmi Huawei. Beli dan sertainya hari ini; berkemungkinan anda adalah pemenang bertuah berkenaan.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai hadiah dan ganjaran menarik yang anda boleh menangi dengan mudah.
- Beli model telefon Huawei terpilih pada tempoh karnival antara 27 Julai hingga 4 Ogos.
- Simpan resit pembelian, dan dapatkan cop di hotspot Huawei.
- Sertai “Spin & Win” atau “Draw Dip” di hotspot Huawei.
Harga Baru Untuk Peranti Huawei
Bersempena Karnival Huawei ini juga, Huawei memberikan harga baru untuk beberapa model telefon pintar popular mereka, termasuk Huawei P30 Pro dan juga Huawei Mate 20.
Huawei Mate 20 Pro – Kini RM2599
Huawei Mate 20 X – Kini RM2599
Huawei Mate 20 – Kini RM2099
Huawei P30 Pro 512GB – Kini RM3899
Tunggu Apa Lagi?
Jadi, tunggu apa lagi. Jom ke kedai-kedai Huawei berdekatan hari ini, dan serta Karnival Huawei, selain pada masa yang sama mendapatkan Huawei Y9 Prime 2019, serta peranti-peranti Huawei lain pada harga lebih menarik. Ramai telah sertainya. Jangan ketinggalan, dan jom sama-sama sertai Karnival Huawei 2019!
- Lanjut : Karnival Huawei
- Untuk informasi lanjut, lawati Huawei Store terdekat atau panggil pusat khidmat Huawei di talian 1800 22 0086
Ini adalah advertorial daripada Huawei Malaysia.