Untuk meningkatkan pemahaman dan minat didalam matapelajaran STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) dikalangan para pelajar di Malaysia, Unit Pelaksanaan Dan Prestasi Pendidikan (PADU) telah melancarkan inisiatif STEM4ALL ditubuhkan pada bulan Mac tahun ini.
Selari dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia, bersama-sama dengan Microsoft Malaysia dan ASEAN Foundation telah melancarkan platform pendidikan Future Ready ASEAN yang akan melengkapkan para pelajar dan juga tenaga pengajar tempatan dengan maklumat dan ilmu yang diperlukan untuk menyediakan golongan muda Malaysia untuk Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).
Platform Future Ready ASEAN ini ialah platform pembelajaran yang bertujuan untuk mendidik anak-anak muda yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan merupakan sebuah inisiatif untuk mendidik 520 guru dan 46000 para pelajar di sekitar rantau ASEAN didalam industri sains maklumat, pengaturcaraan dan kecerdasan buatan.
Di Malaysia, Future Ready ASEAN dimulakan dengan bengkel “Train The Trainers” dimana 40 tenaga pengajar tempatan mengemaskini pengetahuan STEM mereka di pejabat Microsoft Malaysia di Kuala Lumpur bersempena dengan World Youth Skills Day.
Sambungan dari itu, kira-kira 10,000 para pelajar di sekitar Malaysia akan diajar kemahiran pengaturcaraan web seperti HTML5 dan CSS dengan sokongan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Microsoft Malaysia sehingga Oktober 2019.
Bagi mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Future Ready ASEAN, anda boleh melayari laman web mereka di sini.