Cari @ Amanz

Peranti-peranti OnePlus menjalankan sistem operasi tersendiri Oxygen OS yang berasaskan Android. Menurut ramai pengguna, Oxygen OS digelar sebagai sistem operasi Android asli paling baik. Ini adalah kerana ia mempunyai antaramuka yang sangat ringkas mirip dengan Android asli, tetapi dengan banyak kemampuan pengubahsuaian yang boleh dilakukan.

Terkini, OnePlus telah mengedarkan kemaskini Oxygen OS 9.5.11 untuk OnePlus 7 Pro. Apa yang menarik dan mengejutkan dengan kemaskini ini adalah, ia menyertakan tampalan sekuriti Ogos 2019. Ini adalah peranti Android baharu pertama yang menerima kemaskini ini lebih pantas daripada peranti-peranti Google Pixel. Perkara ini sekali lagi menjadi bukti yang Oxygen OS adalah sistem operasi ‘Android asli’ yang lebih baik.

Lain-lain kemaskini yang terdapat dalam Oxygen OS 9.5.11 adalah seperti berikut;

  • Adaptive Brightness yang lebih baik
  • Kepekaan sentuhan skrin semasa permainan dioptimumkan
  • Sentuhan tidak sengaja pada talam notifikasi ketika panggilan telefon kini dibaiki
  • GMS dikemaskini kepada versi Jun 2019
  • Tampalan sekuriti dikemaskini kepada versi Ogos 2019
  • Pembaikian pepijat lain-lain

Kemaskini ini sudah pun diedarkan kepada semua pengguna. Anda boleh muat turunnya melalui OTA atau juga secara manual melalui pautan di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd