Lenovo Melancarkan 3 Chromebook Baharu Dengan Spesifikasi Yang Lebih Baik

Lenovo Melancarkan 3 Chromebook Baharu Dengan Spesifikasi Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Chromebook adalah komputer riba yang menjalankan Chrome OS sebagai sistem operasi utama. Ia adalah sistem operasi yang ringan dan mempunyai banyak fungsi dan ciri menarik. Versi Chrome OS terbaru turut mempunyai integrasi Android di dalamnya. Banyak sahaja pengeluar yang hadir dengan Chromebook tersendiri, tetapi ia tidak seperti komputer riba Windows.

Terkini adalah dari Lenovo. Lenovo telah melancarkan tiga Chromebook baharu dengan spesifikasi yang lebih berkuasa. Lenovo turut memperlihatkan semua Chromebook mereka ini melalui satu video acah.

Chromebook C340-11

Chromebook yang pertama adalah variasi dengan spesifikasi paling asas. Ia dijana Intel Celeron N4000, skrin bersaiz 11-inci, storan serendah 32GB dengan RAM yang terhad hanya kepada 4GB. Chromebook ini juga adalah jenis yang boleh berubah-ubah posisi skrin, dari komputer riba ke mod tablet.

Cip Pemprosesan Intel Celeron N4000 (2.6GHz)
Kad Grafik Intel UHD Graphics 600
Paparan 11″ (1366 x 768px), 250 nits, IPS skrin sentuh
Memori 32/64GB, 4GB LPDDR4
Sambungan 2x USB-A 3.1, 2x USB-C ports (hanya satu port untuk caj), pembaca kad MicroSD, port bicu audio 3.5mm, 720p kamera web, mikrofon
Bateri Boleh capai 10 jam
Saiz 290 x 207.8 x 17.8mm
Jisim 1.2kg
Warna Platinum Grey, Sand Pink

Chromebook S340-14

Yang kedua adalah lebih kurang sahaja dengan variasi yang pertama. Tetapi ia mempunyai skrin yang lebih besar. Skrin adalah 14-inci dan ia tidak oleh diubah ke mod bentuk tablet, tetapi hanya boleh pada sudut 180 darjah sahaja. Ia masih lagi menyokong skrin sesentuh, jadi ia mungkin akan memudahkan mereka yang gemar membuat lakaran.

Cip Pemprosesan Intel Celeron N4000 (2.6GHz)
Kad Grafik Intel UHD Graphics 600
Paparan 14″ (1366 x 768px or 1920×1080), 250 nits, IPS skrin sentuh (boleh dipilih)
Memori 32/64GB, 4GB LPDDR4
Sambungan 2x USB-A 3.1, 2x USB-C ports (hanya satu port untuk caj), pembaca kad MicroSD, port bicu audio 3.5mm, 720p kamera web, mikrofon
Bateri Boleh capai 10 jam
Dimensi 328.9 x 234.35 x 18.8mm
Jisim 1.4 kg
Warna Dark Orchid, Onyx Black

Chromebook C340-15

Chromebook yang terakhir adalah dalam kategori Chromebook mercu mereka. Ia adalah antara yang paing berkuasa dari variasi lain, kerana ia dijana dengan Intel Pentium Gold 4417U atau Intel Core i3-8130U. Skrin adalah lebih besar iaitu 15.6-inci dengan sokongan skrin sentuh. Storan boleh dipilih sehingga 128GB, tetapi RAM masih lagi terhad kepada hanya 4GB. Chromebook ini turut menyokong posisi skrin boleh ubahsuai ke pelbagai arah.

Cip Pemprosesan Pentium Gold 4417U (2.3GHz) atau Intel Core i3-8130U (2.2 / 3.4GHz)
Kad Grafik Intel UHD Graphics 610 (Pentium) atau 620 (Core i3)
Paparan 15.6″ FHD (1920 x 1080px), 250 nits, IPS skrin sentuh
Memori 32/64/128GB, 4GB LPDDR4
Sambungan 1x USB-A 3.1, 2x USB-C ports (hanya satu port untuk caj), pembaca kad MicroSD, port bicu audio 3.5mm, 720p kamera web, mikrofon
Bateri Boleh capai 10 jam
Dimensi 361.5 x 248.85 x 18.95mm
Jisim 1.98 kg
Warna Mineral Grey

Setiap Chromebook ini terhad dengan RAM 4GB sahaja. Apa yang menarik adalah ia mempunyai banyak pilihan warna, port sambungan adalah lengkap, ketahanan bateri dijangka bertahan sehingga 10 jam dan semuanya mempunyai jisim bawah 2KG. Rekaan juga adalah ringkas dan bezel skrin juga dilihat amat nipis.

Lenovo tidak kongsikan lagi harga jualan dan pasaran manakah yang mereka akan perkenalkan. Tetapi ia dijangka akan dijual secara rasmi dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN