Xiaomi Berjaya Menjual 1 Juta Set Redmi AirDots Dalam Masa 1 Bulan

Xiaomi Berjaya Menjual 1 Juta Set Redmi AirDots Dalam Masa 1 Bulan

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Redmi AirDots adalah set fon telinga nirwayar sebenar yang dilancarkan oleh Redmi pada bulan April lepas. Ia menjadi popular kerana dengan harga sekitar RM60 sahaja, satu set fon telinga nirwayar sebenar dengan Bluetooth 5.0 boleh dimiliki. Ia amat murah dan hasil audionya tidak mengecewakan.

Terkini, Xiaomi telah memaklumkan yang jualan Redmi AirDots telah berjaya dijual sebanyak 1 Juta unit dalam masa sebulan sahaja. Walaupun Redmi AirDots terhad untuk pasaran China, ia tidak menghalang penjual-penjual di Malaysia mengimport set ini dari China dan menjualnya di sini. Populariti aksesori audio ini tidak boleh dibayangkan da tidak disangka.

Adakah anda salah seorang pemilik Redmi AirDots? Jika ya, apakah sebab anda beli, adakah kerana murah atau ingin mencubai sesuatu yang baharu?


TIPS & ULASAN