Cari @ Amanz

Oppo Hadir Dengan Hotel Yang Dikuasakan Dengan Teknologi 5G

Link Copied!

Antara kejayaan Oppo dengan 5G baru-baru ini adalah dengan melakukan panggilan video berkumpulan pertama di dunia dengan menggunakan teknologi ini. Tetapi tahukah anda yang teknologi Oppo tidak terhad kepada telefon pintar sahaja?

Di Australia terdapat satu hotel yang dikuasakan dengan teknologi 5G oleh Oppo. Hotel ini dinamakan sebagai Oppo 5G Hotel. Hotel 5G ini adalah sejenis Hotel bergerak yang akan bertukar-tukar destinasi di sekitar kawasan Australia yang menyokong rangkaian 5G. Hotel bergerak ini juga merupakan Hotel pintar kerana ia padat dengan teknologi terkini.

Dalam hotel ini ia turut menyertakan perkhidmatan permainan awan 5G, pengalaman menstrim video tanpa buffer, pelbagai variasi aplikasi realiti terimbuh dan juga cermin pintar. Peranti yang menjayakan hotel ini adalah Oppo Reno 5G dan juga rangkaian 5G yang terdapat di sana. Selain itu, untuk kawalan arahan suara – Oppo turut sertakan Google Home Hub untuk menggunakan Google Assistant.

Harga sewa semalam hotel ini adalah $150 untuk dua orang, iaitu sekitar RM622 sahaja.


Komen ()