Samsung Galaxy Note 10 Tiada Bicu Audio? – Gambar Olokkan Penyesuai USB Ke Bicu Audio Tertiris

Samsung Galaxy Note 10 Tiada Bicu Audio? – Gambar Olokkan Penyesuai USB Ke Bicu Audio Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Samsung merupakan antara pengeluar yang masih mengekalkan penawaran port bicu audio 3.5mm pada telefon keluaran mereka. Namun, hal berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi melalui pengenalan Galaxy Note 10 pada minggu hadapan.

Penyesuai Bicu Audio

Terbaru, melalui sebuah gambar olokkan yang tertiris ke arena web, ia memperlihatkan rekaan sebuah penyesuai USB ke bicu audio 3.5mm daripada Samsung, sekaligus menandakan sokongan bicu audio 3.5mm tidak akan disertakan pada Galaxy Note 10.

Malah, perkara ini telah dijangka ramai sebelum ini — apatah lagi dengan beberapa gambar Galaxy Note 10 yang tertiris sebelum ini.

Samsung dijangka menawarkan penyesuai ini bersama-sama pembelian Galaxy Note 10 kelak. Atau mungkin juga sebagai alternatif, Samsung menawarkan Galaxy Buds secara percuma atau dengan harga diskaun bersama pembelian Galaxy Note 10 ini kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah kejutan yang disediakan Samsung pada minggu hadapan melalui Galaxy Note 10.


TIPS & ULASAN