Google Chrome 76 Menyembunyikan Paparan HTTPS:// Dan WWW Pada Bar URL

Google Chrome 76 Menyembunyikan Paparan HTTPS:// Dan WWW Pada Bar URL

Diterbitkan pada Ogos 2, 2019 oleh .

Google baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini untuk Chrome, dimana melalui versi Chrome 76 yang terbaru, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik yang baru. Turut hadir bersama pelayar web berkenaan adalah dimana kini Google mengubah bagaimana sebahagian komponen URL dipaparkan pada pelayar web berkenaan.

Bermula Chrome 76, kini Google hanya memaparkan domain sahaja, dan menyembunyikan paparan komponen URL seperti “HTTPS://“ dan juga “WWW” daripada dipaparkan pada bar URL.

Chrome URL

Google mengatakan langkah ini dalam memudahkan pengguna mengetahui domain sesuatu laman berkenaan, dan menghilangkan beberapa “gangguan” pada paparan URL.

Sebelum ini Google pernah melakukan perkara sama pada Chrome, tetapi mengubahnya kembali selepas ramai tidak menyukai perkara berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai bentuk paparan URL baru, atau anda lebih gemari akan bentuk paparan URL penuh termasuk komponen HTTPS dan WWW?


TIPS & ULASAN