Cari @ Amanz

Beberapa tahun yang lalu kami pernah melaporkan sebuah insiden kemalangan di atas lebuh raya. Kami perlu memberikan lokasi tepat kemalangan berlaku bagi memudahkan ambulan dihantar bagi memberikan bantuan kepada mangsa tercedera. Tetapi sekiranya anda yang terlibat di dalam situasi kecemasan berseorangan, melakukan panggilan 999 mungkin sukar kerana kecederaan yang dialami.

Google hari ini memperkenalkan ciri baru pada aplikasi telefon Android yang memudahkan proses melakukan panggilan kecemasan. Apabila panggilan ini dilakukan, terdapat butang yang memberitahu operator apakah jenis bantuan yang diperlukan.  Butang “Medical,” “Fire” dan“Police” akan dipaparkan pada skrin.

Sekiranya pemanggil tidak mampu bercakap, Assistant akan memberitahu operator bahawa panggilan kecemasan dilakukan oleh pihak anda dan lokasi akan kemudian dibacakan. Pada masa yang sama lokasi GPS yang tepat akan dihantar kepada operator bagi memudahkan bantuan diberikan.

Ciri ini akan diberikan kepada pengguna Pixel di Amerika Syarikat terlebih dahulu dalam masa beberapa bulan sebelum disokong pada peranti Android lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd