Beberapa peranti kelas pertengahan Samsung seperti Galaxy A menggunakan cip Exynos 9610. Pada versi terkini Galaxy A 2020 kelak, mereka akan menggunakan cip baharu Exynos 9610 pula. Menurut laporan dari laman Galaxy Club, cip Exynos 9630 besar kemungkinan akan dihasilkan menggunakan teknologi 8nm berbanding 10nm yang digunakan pada Exynos 9610.
Teknologi 7nm hanya akan digunakan pada cip mercu seperti Exynos 9825 sahaja pada waktu ini. Ini adalah strategi berbeza dengan Huawei yang menghasilkan cip kelas pertengahan Kirin 810 menggunakan teknologi 7nm. Penggunaan cip Exynos membolehkan Samsung mengurangkan kos penghasilan produk kelas pertengahan mereka. Tahun ini dapat dilihat peranti Galaxy A dan Galaxy M ditawarkan di Malaysia pada harga yang lebih kompetitif dengan peranti pertengahan keluaran pesaing mereka.