Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Tab S6 dilancarkan beberapa hari lalu sebagai tablet yang bersaing dengan iPad Pro. Ia membawakan beberapa pembaharuan yang tidak dilibatkan dalam video promosi ialah fungsi S Pen Air pada stylus. Menerusi S Pen Air, stylus boleh melakukan beberapa fungsi gesture seakan tongkat sihir Harry Potter.

Apabila butang S Pen ditekan lama pengguna boleh membaca beberapa gerakan gesture. Sebagai contoh menggerakkan S Pen ke kiri dan ke kanan membolehkan mod kamera ditukar. Pergerakan atas atau ke bawah pula menukar penggunaan kamera utama ke swafoto. Untuk melakukan zum ke dalam pula, putaran arah jam dilakukan.

Ini ialah evolusi seterusnya S Pen selepas ia pertama kali menyokong tambatan secara bluetooth pada Galaxy Note 9. Memandangkan pada Galaxy Note 9 pemain media boleh dikawal menggunakan butang S Pen, bolehkah diandaikan mengawal pemain muzik pada Galaxy Note 10 juga akan dipertingkatkan dengan sokongan gesture juga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd