Realme kini mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka menggunakan empat-kamera belakang, dan menyertakan lensa 64-megapixel bersama-sama dengannya – pada minggu hadapan.
Realme menjadualkan pengenalan peranti ini pada 8 Ogos 2019 ini.
Buat masa ini, info penuh mengenai telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Realme dilihat lebih memfokuskan kepada penawaran kamera pada telefon pintar ini. Kita mungkin akan turut melihat penyertaan lensa dengan rakaman sudut lebar, serta mungkin sensor depth atau ToF.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan yang disediakan pihak Realme melalui penawaran terbaru mereka ini.