Aksesori-Aksesori Rasmi Samsung Galaxy Note 10 Tertiris – Pengecas Menggunakan Port USB-C

Aksesori-Aksesori Rasmi Samsung Galaxy Note 10 Tertiris – Pengecas Menggunakan Port USB-C

Diterbitkan pada Ogos 2, 2019 oleh .

Seperti dijangka semakin hampir kita kepada pelancaran Samsung Galaxy Note 10, semakin banyak maklumat mengenai peranti ini tertiris. Rekaan serta spesifikasi penuh kedua-dua Galaxy Note 10 dan Note 10+ telahpun tertiris sebelum ini. Hari ini rekaan beberapa aksesori rasmi dan pengecas telah tertiris menerusi laman Winfuture.

Pengecas Galaxy Note 10 akan akhirnya menggunakan sambungan  USB-C ke USB-C menggantikan sambungan USB-A ke USB-C yang digunakan sejak tiga tahun lalu. Turut tertiris ialah kerangka dengan tingkap lutcahaya pada sisi kanan. Apabila penutup melitupi skrin, sebahagian skrin akan menunjukkan maklumat seperti jam dan ikon notifikasi bersaiz agak besar. Ini mengingatkan kami kepada fungsi Edge Screen yang disertakan pada Galaxy Note Edge empat tahun lalu.

Terdapat juga kerangka dengan tongkat terbina dan sisi tahan lasak. Ini adalah rekaan yang sama seperti kerangka rasmi yang dihasilkan untuk Galaxy Note 9 sebelum ini. Sebuah lagi kerangka nipis tanpa penutup turut dihasilkan bagi mereka yang tidak gemar peranti yang tebal. Samsung Galaxy Note 10 akan dilancarkan pada 7 Ogos hadapan. Teruskan bersama Amanz untuk berita terkini mengenai peranti ini pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN