Google Assistant Kini Boleh Membaca Dan Membalas Mesej Dari Aplikasi Pihak Ketiga Seperti WhatsApp

Google Assistant Kini Boleh Membaca Dan Membalas Mesej Dari Aplikasi Pihak Ketiga Seperti WhatsApp

Diterbitkan pada Ogos 3, 2019 oleh .

Pembantu maya Google Assistant mempunyai kemampuan membaca SMS yang diterima pada peranti Android. Namun ia hanya terhad kepada pengguna aplikasi Google Hangouts dan Messages sahaja sebelum ini. Kini menurut laporan Android Police, ia boleh membaca mesej yang diterima pada aplikasi pihak ketiga seperti Telegram dan WhatsApp.

Ini boleh dilakukan sejurus selepas menerima notifikasi dari aplikasi tersebut. Pengguna hanya perlu memberikan arahan suara “Hey Google read my messages” dan ia akan mula membaca. Selepas itu arahan suara “Reply” boleh diberikan untuk membalas mesej tersebut dengan arahan suara atau menaip secara manual. Fungsi ini diberikan secara berperingkat dan seperti biasa diterima pada pengguna peranti Pixel terlebih dahulu. Ia amat berguna di dalam situasi seperti membalas mesej penting ketika memandu misalnya.


TIPS & ULASAN