Samsung Dijangka Melancarkan Telefon Siri Galaxy A Dengan Kamera 64MP Tidak Lama Lagi

Samsung Dijangka Melancarkan Telefon Siri Galaxy A Dengan Kamera 64MP Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 4, 2019 oleh .

Realme telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar mereka menggunakan kamera dengan sensor 64-megapixel pada minggu ini. Selain Realme, beberapa pengeluar lain turut dalam mempersiapkan peranti yang menawarkan kamera lebih kurang sama.

Menurut info tertiris, Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon dibawah siri Galaxy A yang menggunakan kamera 64-megapixel sekitar September atau Oktober kelak.

Samsung Galaxy A70

Untuk makluman, Samsung telah memperkenalkan sensor kamera 64-megapixel sebelum ini, dimana ia menjanjikan penawaran rakaman yang lebih baik. Kebiasaannya, ciri pixel-binning akan digunakan dalam mengabungkan sekitar 4 pixel kepada satu, dan merakamkan gambar yang lebih baik melaluinya.

Selain Samsung dan Realme, Xiaomi turut dijangka hadir dengan penawaran lebih kurang sama melalui telefon dibawah siri Redmi mereka.


TIPS & ULASAN