Carian
Huawei Memfailkan Tanda Dagang Untuk Penggunaan Nama P300, P400 Dan P500
August 4, 2019 Effi Saharudin

Setahun yang lalu Huawei memfailkan tanda dagang untuk penggunaan nama Mate 20 hingga Mate 90. Ini memberikan petunjuk penggunaan nama yang digunakan oleh peranti Mate mereka di masa hadapan. Mereka kini memfailkan pula tanda dagang untuk penggunaan nama P300, P400 dan P500 dengan badan harta intelek Eropah iaitu EUIPO.

Ini mungkin petanda paling awal peranti siri P akan terus melangkau penggunaan nama P100 dan P200 selepas peranti P90 dilancarkan di masa hadapan. Ini bukanlah kali pertama nombor peranti dilangkau. Kali pertama ia dilakukan ialah ialah P10 melangkau terus ke P20 dan tidak menggunakan nama P11.

Mungkinkah peranti mercu fotografi selepas P30 tidak akan menggunakan nama P40 kerana nombor empat dianggap kurang baik mengikut budaya Cina? Jawapan hanya akan diketahui Februari tahun hadapan kerana ia secara tradisi adalah bulan pelancaran peranti siri P oleh Huawei.

Komen