Cari @ Amanz

Sistem Pengecaman Wajah Ini Menyelesaikan Masalah Memotong Giliran Ketika Memesan Minuman

Link Copied!

Membeli barangan di kedai tepi jalan akan menjadi lebih menyenangkan sekiranya pelanggan beratur menunggu giliran. Tetapi kami yakin anda pernah berhadapan situasi di mana pelanggan baru memotong di hadapan dan kemudian memesan tanpa rasa malu. Masalah ini juga berlaku di kelab malam dan boleh menimbulkan pergaduhan semata-mata kerana tidak sabar untuk memesan minuman.

Bagi menyelesaikan masalah ini A.I. Bar telah dibangunkan oleh firma DataSparQ dari United Kingdom. Sebuah kamera diletakkan di dalam bar yang mengecam wajah pelanggan. Setiap pelanggan akan diberikan nombor giliran sebaik sahaja mereka dicam oleh sistem. Pelayan bar hanya perlu melihat skrin iPad untuk melayan pelanggan yang seterusnya di dalam barisan. Sistem juga mengingati minuman yang dipesan setiap pengguna sekiranya mereka kembali untuk melakukan pesanan kedua dan memberi anggaran waktu menunggu kepada pelanggan sebelum menerima layanan.

Ujian sistem A.I Bar telah berjaya dilakukan di London. DataSparQ menawarkan sistem mereka ini dengan bayaran bulanan GBP199 sebulan. Bagi menghormati privasi pelanggan, data pengecaman wajah mereka akan dipadam setiap 24 jam. Walaupun dibangunkan untuk digunakan di bar, teknologi ini boleh digunakan pada premis perniagaan lain seperti gerai roti John di bulan Ramadan.


Komen ()