Samsung Mengemaskini Harga Jualan Galaxy A70 – Kini Berharga RM1799

Samsung Mengemaskini Harga Jualan Galaxy A70 – Kini Berharga RM1799

Diterbitkan pada Ogos 5, 2019 oleh .

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini pada harga jualan telefon pintar untuk Galaxy A70, dimana kini ia menerima potongan RM200, dan membawakan tanda harga RM1799.

Galaxy A70

Samsung Galaxy A70 hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED, dilengkapi cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM, dan storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan tri-kamera belakang gabungan 332MP + 8MP + 5MP, selain kamera swafoto 32-megapixel. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, kini boleh membeli ia pada harga RM1799 melalui para pengedar Samsung seluruh negara.


TIPS & ULASAN