Honor Mengemaskini Harga Tiga Buah Peranti – Honor View20 Kini Berharga RM1499

Honor Mengemaskini Harga Tiga Buah Peranti – Honor View20 Kini Berharga RM1499

Diterbitkan pada Ogos 5, 2019 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan harga beberapa peranti mereka, sekaligus memperlihatkan tanda harga lebih mampu milik untuk peranti-peranti ini.

Pertama ialah Honor 8C, peranti pintar mampu milik yang memperlihatkan penurunan harga dari RM599 ke RM549. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 632, memori 3GB dan paparan sebesar 6.26 inci.

Honor Harga Baru

Honor 8X juga memperlihatkan penurunan harga dari RM849 ke RM799. Peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 710, memori sebanyak 4GB dan paparan bersaiz 6.5 inci.

Penurunan harga paling besar dapat dilihat pada peranti Honor View20. Peranti ini, yang dilengkapi dengan CPU HiSilicon Kirin 980 dan paparan bersaiz 6.4 inci hadir dengan pilihan konfigurasi memori dan storan 8GB+256GB ataupun 6GB+128GB. Untuk konfigurasi pertama, ia memperlihatkan penurunan harga dari RM2499 ke RM1899. Untuk model dengan konfigurasi kedua, harga peranti View20 ini turun dari RM1999 ke RM1499.

Kesemua peranti-peranti ini boleh dibeli dengan harga baru di Honor Experiential Store, Lazada dan juga Shopee.


TIPS & ULASAN