Illegear Memperkenalkan Illegear Poseidon Dan Poseidon XE – Desktop Gaming Berkuasa Dengan Sistem Penyejukan Cecair Terbina

Illegear Memperkenalkan Illegear Poseidon Dan Poseidon XE – Desktop Gaming Berkuasa Dengan Sistem Penyejukan Cecair Terbina

Diterbitkan pada Ogos 5, 2019 oleh .

Illegear, pembina komputer riba gaming terkemuka tempatan hari ini mengumumkan siri model komputer desktop terbaru mereka yang dinamakan Illegear Poseidon dan juga Illegear Poseidon XE.

Kedua-dua model komputer ini dibina menggunakan komponen-komponen yang terbaru dan berkuasa. seperti siri CPU AMD Ryzen 3000 dan Intel Core generasi kesembilan, memori DDR4 yang pantas, gabungan storan SSD dan cakera keras, dan juga kad grafik terbaru daripada NVIDIA, dari NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti hinggalah NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti.

Apa yang menarik mengenai Illegear Poseidon dan Illegear Poseidon XE ini ialah mereka yang berminat untuk membeli komputer ini boleh meminta untuk memasang sistem penyejukan cecair canggih yang boleh menyejukkan komputer anda sebaik-baiknya.

Komputer-komputer Poseidon dan Poseidon XE ini akan dibina sepenuhnya oleh para pekerja Illegear dan akan diuji selama 48 jam untuk memastikan tiada kebocoran hadir pada paip-paip penyejukan sebelum ia diberi kepada pengguna.

Mereka yang berminat untuk membina komputer Illegear Poseidon dan Illegear Poseidon XE boleh melakukannya di laman web Illegear. Harga permulaan kedua-dua komputer ini bermula pada RM3699 untuk Illegear Poseidon dan RM5199 untuk Illegear Poseidon XE.


TIPS & ULASAN