Cari @ Amanz

CIMB hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini baru untuk aplikasi CIMBClicks di iOS. Bersama-sama dengannya, ia membawakan rekaan antaramuka serba baru, sekaligus menjadikannya lebih kemas berbanding sebelumnya – selain memudahkan lagi pengguna mengakses semua ciri dengan lebih pantas.

CIMBClicks

Pada masa yang sama, CIMBClicks pada peranti mudah-alih juga kini mengintegrasikan terus sokongan CIMB Pay, sekaligus membolehkan anda membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

CIMB juga turut menyediakan sejumlah ganjaran menarik bagi menghargai pengguna, sekaligus membolehkan mereka lebih berjimat lagi ketika menggunakan aplikasi CIMBClicks.

Melalui kemaskini baru ini, ia dilihat seperti CIMB ingin menjadikan transaksi lebih pantas lagi, selain memudahkan pengguna mengakses sejumlah ciri-ciri dengan lebih mudah.

Bagi anda yang menggunakan perbankan CIMB, anda boleh memuat-turun aplikasi CIMBClicks baru untuk iPhone ini. Kemaskini untuk Android dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd