Cari @ Amanz

Semua Pelanggan Streamyx Akan Dibawa Ke Pelan Unifi Lite Mulai 1 September – RM69 Sebulan

Oleh Aman

Link Copied!

TM hari ini mengumumkan pengenalan pakej Unifi Lite kepada semua pengguna Streamyx sedia ada, dimana ia menawarkan akses jalur-lebar sehingga 8Mbps.

Unifi Lite

TM mengatakan semua pelanggan sedia ada Streamyx akan dinaik-taraf kepada pakej Unifi Lite ini secara automatik bermula 1 September 2019 ini. Melaluinya, semua pelanggan sedia ada Streamyx hanya akan perlu membayar RM69 sebulan sahaja berbanding pakej sebelum ini.

Unifi Streamyx

Menariknya, sekiranya pelan anda sebelum ini adalah dibawah RM69, maka anda boleh mengekalkan harga berkenaan seperti biasa. Dengan pengenalan pakej baru ini, pengguna Streamyx sedia ada akan membayar secara maksima RM69 sebulan.

Dengan pengumuman ini, hanya satu pelan sahaja akan ditawarkan, iaitu Unifi Lite dan tiada lagi Streamyx. TM mengatakan semua pengguna akan dapat melihat perubahan pada bil bermula September 2019 ini.

Untuk pengguna baru yang mendaftar Unifi Lite ini pula akan dicaj sebanyak RM89 sebulan.


Komen ()