Nokia 8.1 adalah peranti Android One yang dijana Snapdragon 710. Untuk kamera ia menggunakan lensa dari Zeiss dan dijual di Malaysia pada harga RM1699. Peranti ini berada dalam kategori peranti kelas pertengahan premium, selain juga menjadi antara peranti Android One yang cukup hebat. Peranti ini juga adalah satu peranti yang menerima sokongan Android Q Beta.
Dear developers! The latest Android Q developer preview (Beta 5) is now available on the Nokia 8.1. Get ready to summon Google Assistant with just a swipe from either of the bottom corners of the device. https://t.co/8hLFafgO2d#GetSmart #Nokiamobile #AndroidQ pic.twitter.com/PCU674uI9U
— Juho Sarvikas (@sarvikas) August 5, 2019
Terkini Nokia telah mula mengedarkan kemaskini Android Q Beta 5 buat peranti Nokia 8.1. Dalam kemaskini baharu ini ia Nokia menyertakan kawalsan gestur baharu dari Android Q. Pengguna kini boleh menyeru Google Assistant dengan menatal dari bucu bawah kiri atau kanan. Bagi yang ingin mencuba Android Q Beta 5 pada peranti mereka, boleh pergi ke pautan khas di bawah untuk daftar dan mencubanya.