Cari @ Amanz

Huawei Bakal Memperkenalkan EMUI10 Pada Minggu Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei sedia terkenal dengan penawaran antaramuka EMUI pada telefon pintar dan tablet berasaskan Android mereka. Terbaru, Huawei kini menjadualkan pengenalan EMUI10 secara rasminya di China pada minggu ini, 9 Ogos.

EMUI10 adalah berasaskan kepada Android 10, atau Android Q. Ia dijangka akan hadir pada telefon pintar akan datang Huawei, selain ditawarkan dalam bentuk kemaskini untuk peranti sedia ada.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang disediakan pihak Huawei melalui EMUI10 ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 9 Ogos ini untuk melihat sendiri ciri baru yang hadir pada EMUI10 ini.


Komen ()