Cari @ Amanz

Disney+ adalah platform penstriman video seperti siri TV dan filem-filem daripada Disney. Platform ini turut akan menyertakan pelbagai kandungan Marvel Cinematic Universe dan siri TV tersendiri. Ketika diumumkan harga langganan sebulan adalah $6.99, iaitu sekitar RM29.30.

Kini Disney mengumumkan harga berkas langganan pula. Berkas ini menggabungkan langganan Disney+ ($6.99), ESPN+ ($4.99) dan Hulu ($5.99 + iklan) pada harga hanya $12.99 (~RM54.40) Secara tidak langsung berkas langganan ini adalah antara yang paling berbaloi untuk dilanggan. Harga langganan berkas ini juga adalah lebih kurang dengan harga Netflix sebulan, iaitu RM51 – tetapi pengguna akan menerima 3 langganan dalam satu pakej.

Secara tidak langsung pengguna akan jimat wang sekitar RM20. Tidak dinafikan yang berkas langganan ini akan ditawarkan hanya di Amerika Syarikat. Ini kerana kandungan seperti Hulu dan ESPN+ terhad kepada negara terpilih sahaja. Disney+ akan boleh dilanggan pada 12 November kelak. Tidak pasti jika tarikh ini adalah untuk Amerika Syarikat sahaja atau global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd