Cari @ Amanz

Tencent merupakan salah satu syarikat gergasi internet dari China yang sedia membuat pelaburan yang tinggi dalam arena muzik dan juga permainan. Terbaru, ia dilaporkan yang mana Tencent dalam perbincangan untuk mendapatkan pegangan sebanyak 10% daripada syarikat penerbit muzik terkenal, Universal Music Group.

Vivendi, syarikat disebalik Universal Music Group mengatakan mereka telah memulakan perbincangan awal berkaitan dengannya, yang membawa nilai sekitar $3.36 bilion. Pada masa yang sama Tencent juga dikatakan akan diberikan pilihan untuk menggandakan pegangan mereka dalam masa setahun selepas membeli 10% ini pada nilai yang lebih kurang sama.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan Tencent terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena muzik – apatah lagi dengan era penstriman muzik yang popular pada masa kini.

Tencent juga sedia mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat teknologi menarik, termasuk Spotify.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat perbincangan, dan sekiranya semua berjalan lancar, Tencent mungkin kelak akan mempunyai pegangan pada Universal Music Group.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd