Google Advanced Protection Kini Lapor Dan Halang Muat Turun Merbahaya Secara Automatik Pada Chrome

Google Advanced Protection Kini Lapor Dan Halang Muat Turun Merbahaya Secara Automatik Pada Chrome

Diterbitkan pada Ogos 7, 2019 oleh .

Google Advanced Protection adalah satu program sekuriti daripada Google dengan menggunakan Titan Security Key. Ia adalah satu program sekuriti berbayar daripada Google berharga sekitar RM210. Bagi pengguna yang menggunakannya, Google kini menambah sokongan keselamatan muat turun pada Chrome.

Mana-mana muat turun yang Google kesan sebagai bahaya, ia akan dilaporkan (flag) dan dihalang secara automatik. Ini bermakna, pengguna secara terus tidak boleh memuat turun fail tersebut. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya diaktifkan jika pengguna menyelarikan akaun Google mereka antara satu peranti dengan peranti lain (Sync). Perkara ini agak berguna bagi mereka yang skeptikal dengan sekuriti. Sayang sekali, ia tidak dijual di Malaysia secara rasmi.


TIPS & ULASAN