Carian
Apple Dianugerahkan Dengan Paten FaceID Untuk Mac – Berfungsi Seakan Samsung Smart Stay
August 7, 2019 Fahim Zahar

FaceID adalah sistem sekuriti tersendiri daripada Apple. Ia menggunakan pelbagai sensor untuk mengimbas wajah pengguna dan daripada data yang diperoleh, ia boleh menyahkunci peranti, membuat pembayaran dan banyak lagi. FaceID telah digunakan sejak tahun 2017 pada iPhone X dan diteruskan pada iPhone XS dan juga iPad Pro 2018.

Macbook

Sudah sampai masanya Apple mengimplementasikan FaceID pada peranti seperti MacBook dan iMac. Pada MacBook sekarang sistem sekuriti yang digunakan masih lagi TouchID. Untuk Apple, menggunakan imbasan jari seperti itu adalah satu teknologi yang lapuk. Terkini, Apple telah dianugerahkan paten FaceID untuk Mac. Ini bermakna ia tidak terhad kepada MacBook sahaja tetapi juga kepada peranti Mac yang lain.

Tetapi paten FaceID terbaru ini bukan sahaja untuk tujuan sekuriti, tetapi juga untuk peranti tidak akan tertutup dengan sendiri atau skrin mati dengan sendiri. Ia adalah ibarat fungsi ‘Smart stay’ pada Samsung, yang mana selagi mata/wajah pengguna dikenalpasti – skrin tidak akan terpadam. Ada kemungkinan besar yang fungsi ini akan disertakan sekali dalam Power Nap.

Tidak pasti bila Apple akan mula mengimplementasikan FaceID pada peranti-peranti Mac. Ia mungkin akan mengambil masa, bagi mengujinya sehingga stabil terlebih dahulu.

Komen