Samsung hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Exynos 9825. Cip pemprosesan ini dijangka digunakan oleh Samsung pada telefon pintar Galaxy Note 10 yang bakal diumumkan pada awal pagi esok.
Exynos 9825 membawakan rekaan berasaskan 7nm, dan menawarkan prestasi yang dinaik-taraf berbanding Exynos 9820 sebelum ini yang berasaskan 8nm.
Cip pemprosesan ini hadir dengan gabungan 2 teras Cortex-A75, 4 teras Cortex A55, dan 2 teras M4 Cheetah. Cip ini turut membawakan sokongan GPU berasaskan Mali G76MP12.
Samsung dijangka menggunakan cip pemprosesan ini pada Galaxy Note 10, dimana kita mungkin akan dapat melihat prestasi penuhnya dalam masa terdekat ini.