Cari @ Amanz

Syarikat Telekomunikasi Tempatan Memperlihatkan Samsung Galaxy Note 10 Berharga Bermula RM3699 – Pra-Tempahan Mulai Esok

Oleh Aman

Link Copied!

Celcom hari ini telah mula berkongsi pelan penawaran untuk Galaxy Note 10 dan juga Galaxy Note 10+. Melalui perkongsian pihak Celcom, mereka memperlihatkan yang mana Galaxy Note 10 akan ditawarkan pada harga RM3699, sementara Galaxy Note+ pula akan ditawarkan pada harga bermula RM4199. Galaxy Note 10+ versi 512GB pula ditawarkan pada harga RM4799 untuk pasaran tempatan – namun ia dilihat ditawarkan sebagai naik-taraf percuma untuk pengguna yang membuat pra-tempahan.

Daripada perkongsian syarikat telekomunikasi berkenaan, Samsung akan memulakan pra-tempahan untuk Galaxy Note 10 bermula 8 Ogos 2019 hingga 18 Ogos 2019 ini, dan peranti akan diterima pengguna pada 22 Ogos 2019 kelak. Ia dilihat yang mana pra-tempahan Galaxy Note 10 256GB akan menerima Galaxy Buds, jaminan tambahan setahun, dan juga 1 Samsung Battery Pack.

Galaxy Note 10 Celcom

Celcom Galaxy Note 10

Untuk penawaran Galaxy Note 10+ pula akan menerima naik-taraf kepada variasi 512GB bagi pra-tempahan, selain menawarkan jaminan tambahan 1 tahun dan juga 1 Samsung Battery Pack.

Spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan pihak Samsung secara rasminya pada esok – 4 pagi.


Komen ()