Rasmi : Galaxy Note 10 Berharga RM3699; Galaxy Note 10+ 256GB RM4199, 512GB RM4799

Rasmi : Galaxy Note 10 Berharga RM3699; Galaxy Note 10+ 256GB RM4199, 512GB RM4799

Diterbitkan pada Ogos 8, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+ secara rasminya, pihak Samsung Malaysia kini telah pun mengumumkan harga jualan telefon pintar berkenaan secara rasminya. Seperti dikongsikan sebelum ini, Galaxy Note 10 akan ditawarkan dalam satu variasi pada harga RM3699.

Sementara Galaxy Note 10+ versi 256GB pula ditawarkan pada harga RM4199, dan Galaxy Note 10+ 512GB ditawarkan pada harga RM4799.

Samsung Galaxy Note 10

Para pengguna tempatan yang berminat boleh melakukan pra-tempahan bermula daripada hari ini sehingga 18 Ogos 2019 kelak. Mengikut info awal, pengguna dijangka akan menerimanya bermula 22 Ogos 2019 kelak.

Bagi anda yang melakukan pra-tempahan, anda akan menerima beberapa ganjaran tambahan. Yang pertamanya, pra-tempahan untuk kesemua model ini akan menerima jaminan tambahan setahun melalui program Protection Plus.

Galaxy Note 10 Malaysia

Selain itu, untuk yang melakukan pra-tempahan Galaxy Note 10, anda akan menerima Galaxy Buds dan juga Wireless Battery Pack.

Sementara pra-tempahan untuk Galaxy Note 10+ 256GB pula akan menerima naik-taraf ke model 512GB secara percuma, serta sebuah Wireless Battery Pack.

Selain pra-tempahan melalui pihak Samsung sendiri, pelbagai syarikat telekomunikasi turut dijangka mengambil pra-tempahan bermula hari ini.

Pra-Tempah : Galaxy Note 10


TIPS & ULASAN