Cari @ Amanz

OnePlus telah mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan sebuah televisyen pintar tidak lama lagi. Terkini, ia telah pun disenaraikan pada Bluetooth SIG, sekaligus memberikan gambaran kasar berkenaan penawaran televisyen berkenaan.

Melalui penyenaraian berkenaan, OnePlus TV dilihat akan menjalankan sistem operasi berasaskan Android, selain menggunakan paparan berasaskan LED.

Ia tidak diketahui sama ada mereka akan menggunakan sistem Android TV yang diubah suai atau bagaimana. Pihak Google tidak membenarkan pengeluar mengubah-suai Android TV buat masa ini, tetapi tidak diketahui hal berkenaan telah berubah atau sebaliknya.

Dari segi saiz paparan pula, OnePlus TV akan membawakan skrin bersaiz antara 43-inci ke 75-inci.

Dalam arena televisyen, terdapat pelbagai pengeluar yang menawarkan pelbagai pilihan berbeza pada harga sangat kompetitif – termasuk Xiaomi. Ia akan agak menarik untuk melihat bagaimana OnePlus ingin memposisikan penawaran mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah perkara unik yang akan ditawarkan oleh OnePlus melalui televisyen pintar mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd