Aplikasi Apple Music Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap Dan Paparan Lirik Langsung

Aplikasi Apple Music Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap Dan Paparan Lirik Langsung

Diterbitkan pada Ogos 8, 2019 oleh .

Apple Music adalah perkhidmatan penstriman muzik tersendiri Apple. Keunikan Apple Music adalah paparan lirik yang bagus, yang tidak terdapat pada aplikasi penstriman muzik lain seperti Spotify. Aplikasi ini tidak terhad untuk iOS sahaja, ia turut mempunyai versi Android.

Untuk Andorid, Apple kini telah mengedarkan kemaskini yang menambah sokongan tema gelap. Jadi, ia akan memberi faedah kepada peranti yang menggunakan skrin AMOLED. Kemudian, Apple turut sertakan sokongan paparan lirik langsung yang segerak dengan muzik yang dimainkan. Ini bermakna, apabila muzik kegemaran sedang dimainkan – lirik akan terpapar mengikut muzik tersebut seakan paparan lirik di sistem karaoke. Untuk iOS, fungsi lirik sebegini hanya terdapat pada iOS 13 sahaja – yang mana masih lagi beta. Agak baik Apple kerana turut memberi peluang pengguna Android mengujinya.

Bagi pengguna yang menggunakan Apple Music di Android, anda boleh daftar di Play Store untuk ujian beta. Tetapi ujian ini adalah terhad dan fail APK agak sukar untuk diperoleh.

Muat Turun Apple Music Untuk Android Di Sini


TIPS & ULASAN