WhatsApp Sedang Membangunkan Fungsi Menghantar Video Loop Seakan Boomerang

WhatsApp Sedang Membangunkan Fungsi Menghantar Video Loop Seakan Boomerang

Diterbitkan pada Ogos 8, 2019 oleh .

Boomerang adalah aplikasi daripada Instagram yang menghasilkan video loop pendek. Ia digunakan untuk dikongsi kepada orang ramai, dengan merakam aksi-aksi lucu, atau detik-detik yang pasti akan terkenang dalam memori. Pada asalnya ia adalah aplikasi yang berasingan dan kini ia disatukan dalam Instagram.

Instagram dan WhatsApp adalah milik Facebook. Jadi terkini wabetainfo melaporkan yang fungsi menyunting video loop seakan Boomerang akan hadir untuk WhatsApp. Menurut sumber fungsi ini sedang dibangunkan dan ia akan disertakan dalam bentuk seakan pengguna menghantar video. Selepas video disunting, pengguna boleh menghantar ke sesiapa atau kongsi di Status.

Memandangkan pengguna WhatsApp yang menggunakan WhatsApp Status ini semakin ramai, ia adalah satu fungsi yang menarik untuk disertakan sekali. Tiada informasi bila ia akan diperkenalkan secara rasmi. Kita mungkin akan lihat kehadirannya dalam masa akan datang. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN