Realme kini telah mula mengacah beberapa peranti mereka akan datang. Melalui perkongsian terbaru pihak Realme, mereka menyasarkan untuk memperkenalkan tiga telefon pintar baru yang dilengkapi dengan empat kamera belakang padanya.
Realme mengatakan ia akan digunakan pada siri Realme biasa, selain siri Realme Pro dan juga Realme X. Ketiga-tiga peranti ini dijangka diperkenalkan sebelum Oktober 2019 ini.
Menariknya, salah satu peranti Realme ini juga turut akan dilengkapi kamera 64-megapixel berasaskan sensor daripada Samsung.
Buat masa ini, info penuh berkaitan telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui – dan dijangka dikongsikan sebelum Hari Deepavali kelak.