Honor 20 Pro Berharga RM2299 Di Malaysia – Dijual Bermula 15 Ogos

Honor 20 Pro Berharga RM2299 Di Malaysia – Dijual Bermula 15 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 9, 2019 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Honor 20 Pro untuk pasaran tempatan secara rasminya. Ia akan dijual bermula 15 Ogos 2019 kelak, pada harga RM2299.

HONOR 20 PRO

Honor 20 Pro merupakan telefon pintar dengan rekaan skrin berlubang bersaiz 6.26-inci, cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia adalah bateri 4000mAh.

Untuk rakaman gambar pula, ia hadir dengan kamera belakang gabungan 48MP + 16MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto 32-megapixel.

Menariknya, daripada apa yang diperlihatkan, Honor 20 Pro membawakan sokongan rakaman gambar yang sangat cantik – menerima skor 111 di DxOMark, skor kedua tertinggi diantara telefon pintar pada hari ini.

HONOR 20 PRO

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian bermula 15 Ogos 2019 ini. Seperti biasa, Honor Malaysia turut menyediakan beberapa ganjaran khusus untuk pembeli terawal, selain menawarkan jaminan selama dua tahun untuk peranti mereka.


TIPS & ULASAN